[b]MENGENALI BANI ISRAEL[/b]

Perkataan israel bermula sebagai satu gelaran yg diberikan allah swt kpd nabi yaakub as. Menurut imam al-khazim dalam kitabnya yg bertajuk lubab at-takwil menyatakan:

[i]”para ahli tafsir bersepakat bahawa israel adalah yaakub (nabi) bin ishak (nabi) bin ibrahim (nabi), selawat dan salam allah ke atas para nabi sekalian”[/i]

Pendapat ini juga bersandarkan pada
Petikan dalam surah al-imram ayat 63 yg bermaksud:

[i]”semua makanan adalah halal bagi bani (keturunan) israel kecuali apa yg israel haramkan ke atas dirinya sebelum diturunkan taurah”[/i]

Mengikut kepecayaan kuno yahudi pula, nabi yaakub dianugerahkan gelaran yahudi kerana berjaya menewaskan tuhan yahweh (nama tuhan yahudi) semasa tuhan turun ke bumi. Menurut mereka, perkataan isra’ bermaksud hamba manakala el adalah singkatan dari perkataan elohem yg bermaksud tuhan.

Namun demikian, ada pula pendapat lain yg mengatakan israel di dlm bahasa ibrani bermaksud orang yg berjalan malam. Makna ini bersandarkan kepada baginda (nabi yaakub) yg suka mengembara dan memulakan perjalanan pada waktu malam.